31 March 2023

Demi Masa

 Salam, 

Hari aku menulis ni adalah Ramadan 9 1444h bersamaan 31hb Mac 2023. Aku bukanlah seorang penulis aktif mahupun pandai menulis. Menulis hanya untuk meluahkan apa yang terbuku. 

Last posting diblog ni adalah dimana aku ceritakan tentang 2020 dan lockdown. PM bertukar. Banyak kisah yang takdisangka. Allahuakhbar. Benarlah kata bahawa Allah tu sebaik-baik perancang. Jodoh & maut hanya Dia saja yang tahu. 

Dari Muhydin ke Ismail Sab. 

Pindah. Jual rumah di Hassan Street dengan niat untuk membuatkan rumah untuk mama di tanah arwah abah dikampung. 

Tepi Sungai menjadi sarang baru. Siapa sangka, orang yang paling nak pindah supaya dia dekat dengan tempat kerjanya, adalah hint dia akan ke alam lain, 'rumah baru'. Ya. Abang aku, yang no 3. Yang paling rapat dengan aku. Pergi meninggalkan aku dan mama. Al Fatihah, Maznoor Fadhley Bin Mazlan. Terus kelam dunia aku. 15hari selepas harijadinya dia pergi. 30hb Mei 2021. 1hb Jun lockdown balik! Sepanjang tahun dilalui dengan lockdown je. Fuck Covid! 

Lalu, hari hari mendatang dilalui berdua dengan mama. Mengharapkan mama sentiasa sihat, jaga ubatan mama pastikan tidak lupa untuk makan. Bola? Iya aku masih pergi ke stadium. Cuma, aku rasa kosong. Ada benda yang aku rindu. Tapi rindu tu sakit. Rindu yang tiada penhujung bagi aku. Aku mula rasa yang aku tidak lagi rasa keseronokkan yang aku rasa selama ini. Gelak senyum, ya. Entah didalam aku rasa kosong, gelap yang sakit.. tiada siapa yang tahu. Dulu berdua, sekarang seorang. Anak mata sering tercari di hujung curva, susuk tubuh yang dirindui, suara yang dirindui. Duduklah aku seorang termenung... rasa macam mimpi tapi ini bukan mimpi inilah realiti. 


2 tahun, alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan dan umur untuk terus menulis pada hari ini. 

2 tahun. Iya. Kali ni, abang aku no 2, tidak disangka.. pergi meninggalkan kami. Tak sempat aku nak bergurau dengan dia pasal aku dan dia selalu banter Man Utd Liverpool. Sebagai peminat tunggal, abang abang aku semua fans Liverpool. (Arwah Anor lalang kejap Liverpool kejap Man Utd kejap Chelsea)

Al fatihah, Mazril Hameedy Bin Mazlan. 

6hb Mac 2023 petang dapat panggilan dari kakak ipar aku, yang Abg Dd pengsan selepas dibawa untuk futher checkup. Abg Dd update yg dia demam dan sebelumnya tu jahitan dilehernya terbuka. Sebelumnya tu, Abg Dd ada buat operation untuk keluarkan besi dialisis di tangan kiri nya yang tersumbat dan mengakibatkan kesan infection nanah. Aku update dengan Longly. Cuba nak susun ayat macam mana nak update dengan Mama. Emak kan? Pasti risau sangat bila diberitahu berita macam ni. Terus hubungi kawan baik arwah Abg Dd, abg Khalil tanya kalau nak gerak malam tu juga bawa mama nak tengok Abg Dd. Dia kata boleh. Terus kitaorang siap siap. Longly pun amik kereta dari Kak Hani dan bergeraklah kitaorang ke selatan tanah air. 

Abg Dd tunggu sampai kitaorang sampai baru dia pergi. Allahuakhbar... aku nak menjerit sekuat hati bila diberitahu berita tu. Pandang ke langit, angin agak kuat masa tu di wad kecemasan hospital kluang. Tapi aku tak mampu nak jerit. Rasa nak tumbuk , genggam tangan ni tapi... aku perlahan lahan kena terima takdir ini, kena kuat untuk kuatkan mama. Itu je aku fikirkan. 

Selesai pengebumian arwah di Kluang. Ada umur yang panjang inshaAllah akan kami ziarahi kamu abangku. Kami pasti akan menyusul kalian. Tunggu kami ya! Semoga kita sekeluarga ditemukan dan disatukan dalam syurga firdausi. InshaAllah...

Sehingga ke hari yang aku menulis ni. Sekian tulisan yang takdak rupa tulisan. 

Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya selalu. 

-

Apit Mazlan

05 December 2020

2020 / Corona Year & Zaman PKP

 Assalamualaikum wbt

Apa khabar kalian?
Setelah sekian lama tidak ada post apa-apa.

tergerak hati ini nak bukak balik blog ni.

2020

tahun lockdown buat semua 

tahun dimana pandemik berlaku

bermula dari China

makan benda bukan-bukan

tapi aku percaya itu hanya rekaan untuk mengaburi muslihat sebenar,

wabak dicipta untuk mengurangkan populasi dunia/


Aku cipta wabak ini & pastinya aku ada penawar wabak ini kata China.


Malaysia dilanda wabak ini pada akhir Febuari 2020

Politik pun sama.

bertukar baton

Tun M ke Muhyidin

tanpa pilihan raya

Di lockdown bulan March hingga Mei 2020


nah sekarang tau tau dah hujung tahun 2020


apa yang kita boleh buat?

ada yang hilang perkerjaan

ada yang hilang keluarga


KERANA CORONA VIRUS DISEASE 2019


harapan aku,.

moga aku masih sempat untuk menulis lagi pada masa hadapan.

moga pandemi berakhir pantas


semua tak boleh sekarang ni

Bola takde

nak lepak 

ke negeri lain tak boleh

ke luar negara tak boleh


cepatlah berakhir,

aku rindu nornal lama bukan normal baharu


moga kalian sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segalaNya

stay safe.


BYE


Apit M 

18 April 2016

Hoi!

2016 dan aku masih disini.
I go trough my posts, lol.
Kelakar juga.
3 tahun last post dibawah post ni.
Phew. What a long road my friend.
Orang yang kita sayang
Kawan kita
Kawan baik kau
Sekarang. Siapa?

Aku menunduk tidak mendongak terlalu tinggi
Perjalanan ini menyakitkan tapi harus ditempuhi
Aku tetap aku.
18/4 2016 aku kembali ke sini
Selamat Hari Jadi F.A
Aku takkan pernah lupa.
Sumpah, walau pedih.

😪