23 October 2011

Awaydays Terengganu - 22Okt2011 - Misi 33 takkan berakhir

Salam. Apa khabar semua , maaf dah lama tak update kerana sedikit sibuk dengan aktiviti Ultras :) . Post kali ini adalah menceritakan pengalaman pahit manis komrad UltraSel ke Terengganu untuk memberi sokongan kepada Selangor yang menghadapi perlawanan timbal balik Separuh Akhir ke 2 Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 22 Okt 2011 .

Aku yang menanti tiba nya hari nya perlawanan ini , berdebar-debar sampaikan tidak tidur pagi itu kerana kononnya
takut terlajak tidur kerana masa untuk berkumpul di Restoran Hakim 7 ialah pada pukul 7 - 8 dan aku hanya melelapkan mataku pada pukul 5.15pagi sebelum bangun pada pukul 6.05pagi untuk bersiap-siap .
Salah seorang komrad , Amirul Shafik menumpang rumahku untuk senang bergerak bersama ke tempat berkumpul .
Selepas semuanya siap, kami keluar pada pukul 6.45pagi dan mengambil TKK yang sudah menunggu di
busstop Simpang 4 dan terus ke HAKIM .

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sampai nya kami berempat (Mirul,Fadh,aku dan TKK) , ramai komrad yang ke KT (Kuala Terengganu ) sudah
menunggu ketibaan kami dan bas.
Sementara menunggu bas , komrad mendaftarkan diri kepada Penganjur Trip Awaydays kali ini ( Fadhley Mazlan & Oren Sprite ) dan bersarapan .
Akhirnya bas yang dinantikan tiba pada pukul 8.20pagi dan perjalanan kami diiringi dengan doa supaya perjalanan kami selamat dan diberkati . Bas mula bertolak menuju ke Pantai Timur pada pukul 8.45pagi dengan iringi hujan renyai renyai . huhu

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Didalam perjalanan , Capo Iyzat memulakan mukadimah suai kenal dengan komrad yang baru pertama kali
mengikuti Awaydays uS dengan menceritakan sejarah penubuhan uS dan pengalaman-pengalaman komrad yang pernah lalui sepanjang musim ini . Dalam kurang 1jam perjalanan , kami berhenti sebentar di hentian Temerloh untuk 15 minit dan teruskan semula perjalanan kami .
Dalam lebih kurang pukul 1tgh kami sudah memasuki sempadan Terengganu dan sekali berhenti makan tengah hari dan Solat Zohor di Chukai .

**pengajaran**
Apabila makan disitu jangan makan lauk mengikut nafsu seperti udang dan sotong,kerana salah satu komrads US
telah terkena dengan bayaran tertinggi sebanyak rm17.50 dengan hanya makan nasi putih,3 ketul udang,1ketul sotong dan air milo ais. =).

Apabila di kawasan ini provokasi pun sudah bermula walaupun bukan distadium tapi Masjid, oh pakcik terima kasih atas nasihat tapi penuh provokasi. setelah selesai makan tengah hari dan solat dan sedang bersiap sedia meneruskan perjalanan, capo US mr.A (bukan nama sebenar) dengan tenang sambil menghisap rokok di bawah wayar elektrik telah dihadiahi taik burung yang sungguh fresh, itu salah satu tanda dan provokasi yang sangat2 x dilupakan.

Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu dan ada komrads yang tidur dan berehat sambil menonton dvd yang dipasang oleh pihak bas. suasana semifinal mula dirasai apabila mula memasuki daerah dungun apabila terjumpa dua tiga buah van yang sarat dengan penyokong serta panji hitam putih.

Rombongan telah berhenti sekali lagi di Hentian Penyu untuk komrads membuang air kecil, dan kehadiran kami telah disedari oleh penyokong pihak lawan sambil lalu ditepi jalan diiringi dengan jeritan dan air horn dan horn kenderaan. perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu.
Jam 5 petang rombongan US telah selamat tiba di Kuala Terengganu dan bas rombongan telah diarahkan parking didalam IPD Kuala Terengganu berhadapan SSINS. kami semua telah bersiap sedia dengan mental dan jiwa dan mula corteo bersama tanpa diiringi pihak POLIS ke arah kedai makan ditepi SSINS untuk berkumpul dan berehat sambil menantikan pihak Fan Club untuk mengambil tiket perlawanan. dan mula itu kami disambut mesra tapi dengan provokasi biasa sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Setelah lebih kurang 2 jam berkumpul, tepat jam 7 selepas azan Maghrib, kami sekali lagi berkumpul dan kali nie penuh dengan debaran sebab akan bercorteo dihadapan ribuan penyokong hitam putih tranung yang sudah lama hadir dari segenap daerah. ini semua berpunca dari pihak SSINS yang telah mengunci pintu belakang dan kami terpaksa pusing satu stadium untuk sampai ke Grandstands.
Jam sudah hampir pukul 8malam, kami berkumpul didalam kawasan agak sesak sambil menantikan kata putus pihak berkuasa untuk mengiringi corteo kami keliling stadium sampai ke pintu depan Grandstand. dan setelah hampi 10minit menanti, corteo bermula, walau xde chant dan corteo yang agak jauh dan panjang kami diiringi oleh pihak POLIS dan diprovoke dengan bertalu2 dan hampir depan belakang stadium berdekatan scoreboard corteo kami disambut dengan letupan mercun dan percikan flare ke atas langit. tapi itu semua x membuat kami gentar malah makin kental jiwa dan semangat sampai ke hadapan grandstand.








Kami di sambut oleh beberapa abang fan club untuk menyerahkan tiket kami, dan semasa mengagihan tiket kepada komrads, tambah lagi adengan yang tak disangka untuk awaydays ini, seorang mamat mana ntah telah selamba mengambil tiket dari Fadh dan menoleh terus berjalan dan disedari oleh Fadh sambil menjerit kearah mamat tu. mamat tu dengan muka x malu sambil selamba pulang balik tiket setelah kantoi dengan tindakannya.
Setelah semua tiket selasai diedarkan kepada komrads US, maka kami mula beratur memasuki stadium. Keadaan makin panas dan mendebarkan apabila memasuki ruang grandstand yang kecil dan sesak dikelilingi oleh ribuan penyokong Terengganu yang dengan pelbagai ragam. kami dinasihatkan untuk duduk rapat dan dinasihati oleh capo tidak akan chant, tapi dalam hati dan kaki ini amat nak sangat chant untuk player didalam padang yang sedang memanaskan badan.

Suasana agak sesak dalam SSINS namun x menggentarkan langsung para Komrads dan penyokong Selangor, dengan semangat kesukanan dan komrads US mengikuti lagu BARISAN KITA untuk menyemarakkan semangat para pemain.para pemain sudah selesai memanaskan badan dan menuju kebilik persalinan dan ini kami semua mengambil kesempatan melontarkan kata2 semangat pada mereka.

Saat dan masa kian tiba tepat 8.45malam sepak mula bermula dengan Selangor menyerang bertali arus dengan sesekali conuter attack dari Terengganu, komrads kian resah dan tak senang hati dengan suasana dalam padang. lebih kurang 10minit perlawanan berlangsung dengan tiba2 minit ke 11 pasukan Selangor berpeluang menjaringkan Gol dan ianya sangat mengembirakan Penyokong Selangor tapi sebaliknya Linesman menghampakan apabila Gol tidak dikira akibat Offside. dan disini bermulanya babak yang lain dalam padang apabila Terengganu menguasai perlawanan. dan bila Terengganu mendapat Gol pertama SSINS berubah menjadi huru hara dan mula sos cili keropok dan air sejuk mula beterbangan masuk ke arah kami dan penyokong Selangor. Satu sos cili telah mengenai salah satu Komrads. separuh pertama berakhir.

Mula babak separuh masa kedua, SSINS tenang seketika apabila Selangor menggandakan asakan dengan serangan demi serangan. Namun masih xde rezeki untuk menjaringkan gol, akhirnya Terengganu mengambil peluang yang terbuka menjaringkan Gol kedua perlawanan. dan seperti biasa sos cili dan air beterbangan masuk ke tempat kami dan kali ini di sulami dengan batu yang hampir mengenai komrads. suasana agak kelam kabut dan tegang di kawasan grandstand. selepas itu tiada apa yang menarik untuk diceritakan sehinggalah Selangor mendapat Gol dan menjadikan keputusan 2-1hingga akhir perlawanan.

Kami dan semua penyokong Selangor berehat dan tak dibenarkan keluar sehingga keadaan tenang diluar Stadium. Dan pada masa itu kami semua mengambil kesempatan bergambar kenangan didalam padang dan dengan pemain.
Para Komrads telah chant Selamanya Gergasi Merah ku dan Amri Yahya Lagenda dihadapan bas pemain sambil memberikan kata semangat untuk pemain sebelum mereka pulang. jam hampir 11.30malam dan suasana luar SSINS mula reda dan komrads mengambil peluang corteo pulang ke bas di IPD.
keadaan selamat dan bersiap sedia untuk pulang. Kami bertolak pulang jam 12 tengah malam dan berhenti makan di Rantau abang untuk menjamu selera. selepas menjamu selera ada beberapa komrads mengambil kesempatan bermain Flare tepi jalan sebelum naiki bas dan ianya telah menarik perhatian kereta POLIS yang berhenti melihat apa yang berlaku. tiada apa apa yang berlaku dan kami bersedia meneruskan perjalanan pulang.didalam bas para komrads kekenyangan dan rehat serta tido. babak lain tak boleh di lupakan apabila bas berhenti sebentar di stesen minyak daerah Cherating dan hampir meninggalkan salah satu komrads apabila tak sedar yang dia belum menaiki bas.
Perjalanan pulang dan diteruskan dan rombongan selamat tiba di Hakim Shah Alam jam 8.30pagi, inilah pengalaman2 yang tak akan dilupakan oleh para komrads buat awaydays terakhir ke terengganu. dan dengan tertangguhnya misi 33 kali ini sedikit tidak mematahkan semangat para komrads semua dan malah akan lebih bersemangat untuk bersama lagi di awaydays dan gate15 tahun depan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

akhir kata ,semua gembira dan seronok walaupun pasukan kesayangan kalah dan tidak ke final namun Misi 33 2.0 akan diteruskan pada tahun hadapan dengan harapan 500komrads semasa awaydays dan juga misi 500komrads untuk home game di curva keramat GATE 15 .
.InsyaAllah .

-Segalanya Demi Selangor , Selamanya bersama UltraSel-




-A.M.Y-

1 comment:

Fariz Joe Irfan said...

detail gila... masa trip tu ko duk mencatat notes utk entry ni ke? haha... anyways, terima kasih kerana bantu mendokumentasi pengembaraan kita. cheers.