28 April 2011

abg Kiri bawak doubledecker

perjalanan yang bermula dengan
berkomplot seawal pukul 10 malam
markas pengacau bola sepak seantero yang rasmi
Restoran Hakim Seksyen 7.
menunggu yang lain utk dtg
sambil mnunggu bas dtg juga.

12.00tghmlm.
bas telah tiba dan tak sangka
yang bas akan kami huru hara kan (takde la huru hara pun)
ialah bas 2 tingkat..
10 seat di bawah
34 seat di atas if tak silap.
hoho..
dan kali ni bukan Kannan yang mengemudi bahagian
memandu..
kesian Azim ;p
takpe..
abg Kirri ade ..
:D

dah masuk kan barang2 ke dalam bas ..
dgn aku memilih utk duduk seat seorang di bahagian bawah bersama 9 orang yang lain
nyata seperti di pawagam bahagian bawah .
bak kata P.T : "dah macam naik bot dah "
haha..

ngan kawan2 yang lain mmberi ucap selamat pergi dan balik , sambil mnconteng cermin
bas dgn kata2 semangat utk kami dan bacaan doa sebelum bertolak..

samapai di Gombak pada pukul 1.15pg
utk ambil Hood .

dan menerus kan perjalanan ke Serambi Mekah..

----------uS---------

rata2 semua tidur semasa dalam perjalanan..
dan ada yang menonton cerita yang dipasang oleh Abe Kirri .
aku tak pasti ape tajuk cerita tu ..
tapi yang pasti ttg peperangan saudara Korea Utara dan Korea Selatan..
=.=
mmg bg kami ni berkobar2 ke ?
nak pgi SSMIV ni..
haha dalam hati aku berkata.. damn.
aku tgk smpai habis lak tu..
haha..
kemudian aku tidur..
yang aku tau kul 6.15 mcm tu dah smpai Gua Musang..
konon nya turun nak la sarapan,..
skali tmpat yang abe Kirri benti tu takdo apo doh..
=.=
naik semula bas.. dan cari tmpat lain..
dalam pukul kul 7 ke 8 cm tu ,,
dah jumpa tmpat utk sarapan pagi..
boleh la tahan harga makanan nya..
hoho..
dan sterus nya destinasi : KOTA BAHRU ;D

yang kami terokai pada tgh hari..

smpai je di KB,..
yang nak mandi.. yang nk gi minum , nk gi shopping..
terserah..
haha..

aku dan sekumpulan musibat2 yang lain jalan menerokai KB .
bermula dgn Pasar Siti Khadijah..
kemudian ke Parkson,
ke Mydin,
Ke Kedai borong ape tah..
haha tak de buat ape pon hanya jalan2..
yang best masa jalan2 kat PSK .
ade makcik tegur kami
: oh ni puok nok tgok bola lo ni..

masa kami lalu dpn gerai nya ..
ye la sekumpulan semua nya memakai
baju U.M dgn Mirul Chamakh memakai jersi Malaysia yang biru
siap nama Amri no 17 Legend..
dah sah sah diorang tau yang kitaorang dari Selangor..
sape lagi nama Amri yang pakai no 17 main Malaysia?
hahaha :D

dah puas jalan2 smpai tak tahu mana nak jalan , kitorang igt nak
balik ke bas..
skali tgk bas takde..
ahh sudah mana lak dia parking ni..
tepon P.T , dia kata diorang semua ade kat
Kg Kraftangan..
cis.. make tgh hari dok ajok sek2 lain .. hahah ;p

kitaorg pun gerak ke situ dan
makan tengah hari di situ ..
alhamdulillah..
makan sedak..
harga pon murah ..
memang patut dapat sijil Harga Berpatutan
seperti yang digantung di restoran itu.. :D

makan sudah..
ape lagi ..
balik ke bas..
layan aircond jap tgh2 panas2 ni..
seblom betolak ke stadium pada pkul 3.30ptg..

---------uS-------
smpai di depan TRW kafe (berhadapan stadium)
pada pukul 3.45ptg..
dan berkomplot bersama UKTRM
(Ultras Kelantan The Red Mania)
smpai pukul 6.20ptg seblom berarak bersama2 ke stadium dan masuk..

aku pula masa nak masuk tu aku pegi beli mafla Kelate bersama teman UKTRM
masa aku berjalan tu di leher aku ,
mafla Selangor.
rata2 penyokong Kelate yang tengok aku ngan pandang atas bawah..
haha..
Aku dtg ke Kb dgn niat nak sokong pasukan aku..
dan nak rase bagaimana environment SSMIV
yang dikatakan rata2 orang..
sebagai
STADIUM OF HELL..
hoho..
selepas mafla dibeli..
aku pon masuk ke stadium ..
baru pukul 7.00ptg tapi bahagian di bawah score board dah penuh..
Ya Allah ..
lautan merah putih dah mula memenuhi ruang ruang SSMIV..
yang aku dapat saksi kan ..
bukan rata2 tapi segelintir penyokong Kelantan..
membaling botol air ke arah Awek2/Manggis yang sedang jalan
menuju ke tmpat duduk mereka..
aku berkata dalam
hati:
"kesian awek tu.. kena baling ngan air..apa lah dia buat smpai kena mcm tu ..pikir sejenak dan ahhhhh abaikan la .. "

dan buat taktahu dan senyum saja pada penyokong Kelantan yang baru dtg dan agak
tkejut tgk kami duduk di kawasan terbuka dan sudah siap pasang banner uSel.






credit : wawan faiz , theredwarriors.com

smbil menunggu perlawanan bermula..
aku dok tgk jam aku ..
tgk jam pukul 8.00malam..
mak aih.. baru pukul 8.00 malam..
tapi SSMIV dah padat dgn lautan merah putih..
ada yang dah mula provok kami dgn maki makian
aku pun tak pasti yang dia maki kan..

---------uS--------

8.45mlm
sebelum bermula Kick Off.
para pemain di perkenal kan dan
mencemar duli yang maha mulia Sultan Kelantan.
dan perlawanan bermula..

kami sperti biasa tidak duduk dan berdiri
pada malam itu di ketuai oleh Hood dan P.T
masuk minit ke 4 ...
TRW yang tampak nya garang
membolos gawang Red Giant pada minit ke 5
dgn tandukan Mat Yo (Norshahrul Idlan)

----------uS------
dgn gamat nya stadium bergema ..
penyokong2 kelate menjerit kegembiraan dan
ada yang provok kami ..
tapi kami terus bertahan.
dan yang tak sangka
apa yang aku akan hadap
(walaupon mmg diberitahu awal2 oleh P.T)
tgh elok2 aku kibar bendera kecil UltraSel..
dan bila Kelantan Score je..
aku tenang lagi kibar.. tak tahu mana dtg..
aku tau bahu belah kanan aku basah..
DAMN!
aku kena baling air ??
aku tak pasan sape yang baling ..
ciss..
takpe2..
aku teringat pesan2 otai2..dan teman sebelum masuk SSMIV..
tahan je .. jgn melantun..
aku pun sabar je la dgn apa yang aku kena ..huhu T.T
dan terus chant smpai Full Time..
perlawanan berkesudahan dengan 1 - 0 dgn Kelantan berjaya menunduk
Selangor di SSMIV.
dan yang sperti aku jangka..
hujan air botol bermula..
tapi tak lama..
aku dah kebelakang..
tgk je botol berterbangan..
yang best abg aku , Fadhley Mazlan
haha duk dekat ngan pagar ..
dia kena dekat bahu belah kiri..
siap nampak lagi tgn yang dah aim dia dari jauh,.
yang best nya lagi satu air smpai dia leh tepis
sambil ckp terima kasih terima kasih..
hoho ..pengawai polis yang jaga kitorang leh tgk je dan gelak2 kecil..
damn you man.. haha.. -,-
yang aku kesian ade penyokong kecil TRW kena juga..
haha kesian dia basah kuyup dia..
tapi tak lama ..
rata2 yang terkena pun penyokong mereka..
Mereka yang terkena pertahankan kami dari dibaling air..
selepas turunkan banner semua..
kami join UKTRM bersama..
chant bersama dan tunjuk kan kepada penyokong2 TRW yang lain..
yang kami boleh bersatu..
chant brsama..
dalam 30minit chant bersama..
dan keluar stadium utk mnyambut player kami dan makan bersama UKTRM di astaka..

-----------uS--------
selesai makan..
kami pun meminta untuk mgundur diri dan bjalan ke bas kami yang diparking diBalai Polis..
smbil di iringi UKTRM..
dah kenyang.. dah tukar baju..huhu..
dlm perjalanan kluar sj dari balai polis..
kami melambai selamat tinggal kepada UKTRM
dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air tercinta,Selangor..
(otw balik , aku tau.. aku tidur) hahaha
sedar2 kat mana tah , buka mata npak mcd =.='
haha.. tapi aku tidur balik..
dlm pukul 9.30pg dah masuk Shah Alam..
dan smpai di Hakim pada pukul 9.45pg..

komplot sarapan sebentar sebelum masing2 bersurai dgn ada yang berkerja pada sebelah petang.. kesian.. penat masih tak hilang lagi..
huhu..
dan terima kasih pada Mirul Chamakh hantar TMB pulang..
smpai je rumah.. aku terkenang kenangan semalam..
walaupun 1hari..
huhu..
siap mandi dan aku tridur smpai petang .
hoho..


p/s : selepas apa aku lalui.. insyaAllah .. aku takkan serik kembali ke GATE OF HELL ,SSMIV . insyaAllah..
nak buat modul pengajian Malaysia yang tak siap..
GAMBAR2 DI SSMIV AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN MEMANDANGKAN
shah amirul,azim dan eiji masih belum upload..
sekian cerita yang tak seberapa.

dan seribu kali TERIMA KASIH KEPADA PAEH THE LEGEND DAN SEMUA UKTRM YANG
JAGA KAMI DARI KAMI SMPAI DI KB DAN SEHINGGA KAMI PULANG KE SELANGOR.
SGT HARGAI NYA ..



A.M.Y

03 April 2011

agak agak ?

jangan ingat apa semua
aku tulis aku cakap aku post
aku update status semua
berkaitan dgn kau .
aku ada life lain
aku ada kawan lain
aku ada jugak masalah
so kau tak perlu nak anggap semua yang aku tulis
aku post
aku update tuju ke kau ..

AKU DAH MENYAMPAH DENGAN SEMUA NI
DULU SEMUA MANIS DAN BAIK JE
TAPI SKANG ?
TAKKAN KERANA KERANA SEORANG
ORANG LAIN DAPAT TEMPIAS??
TAK BERAGAK.
KALAU NAK MAIN JUGAK MACAM TU .
AKU TAK KISAH PUN .
LANTAK KAU ORANG LA.
MALAS
MALAS
MALAS
MALAS
MALAS

NAK AMBIK KISAH AND LAYAN .





P/S : SESIAPA PUN AKU TAK MINTAK KORANG NAK AGAK SAPA DAN APA YANG TERJADI .
SEKALI LAGI NK AKU CAKAP , TAKYAH NAK TERASA NGAN POST AKU SBB MMG TAKDE KENA MENGENA DGN KORANG (KOLEJ KE , US KE SAPA2 LA)

FROM THE BOTTOM OF MY HEART

A.M.Y