19 March 2011

SIAPA ULTRAS

Ultras tidak mempunyai nama, hanya sahabat baik yang mengenalnya. Ultras tidak memiliki wajah,kepalanya seringkali ditutupi dengan hood, syal menutupi sebahagian mukanya. Ultras tidak berpakaian seperti orang lain dan tidak mengikut trend terkini. Ketika berada di luar tanpa logo dia masih dikenali. Ultras akan menyerang sekiranya ia di serang dahulu oleh pihak lawan dan membantu bila perlu. mereka tidak akan bersara dari Ultras walaupun syaf telah ditanggalkan, mereka berjuang sepanjang masa.


Ultras yang berpengalaman akan memberi tunjuk ajar kepada ultras yang baru,ultras muda harus menghormati ultras yang lebih tua. Ultras yang lebih muda akan berasa bangga ketika bersama ultras yang lebih berpengalaman.ultras muda belajar dari kritikan ultras yang berpengalaman. Orang luar tidak memahami budaya Ultras. Setiap ultras adalah berbeza mengikut logo atau warna pasukan dan ada juga yang bergerak secara individu.


Ultras berbeza, rasa cinta pada pasukan telah menyatukan ultras,berdiri megah dan berani sepanjang perlawanan tak kira hujan atau panas. Ultras bersatu dengan nyanyian yang bersemangat. Ketika pelawanan di tempat lawan, ultras akan berkonvoi ke tempat lawan. Sanggup berkongsi makanan ketika lapar, berkongsi rokok, satu pandangan, dan satu mentaliti.


Ultras tidak melakukan kekerasan dan kemusnahan tanpa sebab. ultras hanya membela diri dan membela nasib pasukan. Pihak media yang mengeruhkan keadaan. Ultras juga telah menyatukan mereka dan mengeratkan tali persahabatan yang sukar dicari.


Banyak lagi perkara menarik mengenai ultras yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Agak sukar untuk orang luar memahami budaya ultras

No comments: